Thursday, January 16, 2014

Tahun baru 2014

Assalamualaikum..

Lama tak menulis. Banyak perkara dah berlaku. Masa pun pantas berlalu. 2013 sudah jadi sejarah. Sibuk, sibuk dan sangat sibuk dengan macam-macam perkara sampai lupa hal blog.

Nak buat update bergambar yang cepat-cepat ajelah (macam biasa) :)

Disember 2013 - kami sekeluarga bersama kawan-kawan telah bercuti di Aberfeldy, Scotland. Rezeki dari Allah - merasa main salji di sana. Bawah ni semuanya gambar-gambar di Scotland. Banyak sangat gambar sampai tak larat nak pilih (kalau dah malas tuuuu).












Oh ya, Alisya dah 9 bulan! Dah boleh berdiri dengan support, pandai sepahkan rumah, pandai mintak makanan, pandai makan. Hehe. Pandai cium pipi mak dia. Gigi baru ada 2 batang di gusi bawah.

Wednesday, September 18, 2013

Fuh, bersawang!

Ya Allah ya Rahman...

Tak sangka last post dulu bulan Jun. Hehehe. Mintak maafla sangat sibuk & letih sokmo, terabai blog ni.

Kadang2 rasa tak perlu ada & nak padam saja, tapi sayang pulak sebeb banyak kenangan dalam ni.

Berita terkini? Alisya sudah pun berusia 5 bulan. Bulan Oktober nanti genapla 2 tahun ber-phd di London. Kami baru pindah rumah baru hujung minggu lepas. Minggu terakhir puasa & raya baru ni kami balik Malaysia - hampir sebulan! :)

Raya pertama di Serdang bersama keluarga mentua
Majlis aqiqah & berendoi Alisya, 12.8.2013 

Lena
Bharat Tea Plantation, Cameron Highland, 21.8.2013
Sambut birthday Mak di Glory 78, Cameron Highland
Alisya, 8.9.2013
My birthday dinner di Banana Tree Canteen, Bayswater, 8.9.2013
Gambar2 ketika di Malaysia banyak sangat, tak larat upload. Kalau ada kerajinan insyaAllah akan dikongsikan kemudian.

Btw, kalau rindu carilah di Instagram & Keek (ayu898) :)

Saturday, June 22, 2013